Bahan-bahan :
100gm isi ayam-potong kecil
250gm sotong-dibelah memanjang dan dikelar seperti tikar. Rendamkan dalam air panas seketika
150gm cendawan shitake
150gm cendawan butang-potong nipis
5 batang putik jagung-belah 2
150gm lobak merah-potong nipis
150gm bunga kobis-potong kecil
50gm gajus
*sotong boleh juga diganti dengan makanan laut yang lain
Bahan-bahan A(diperap 10 minit bersama isi ayam):
½ sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
secubit garam
sedikit lada sulah
½ sudu besar minyak bijan
Bahan-bahan B(untuk tumis):
1 inci halia-cincang halus
3 ulas bawang putih-cincang halus
6 tangkai cili kering-cuci dan dipotong
minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan C(dibancuh):
1½ sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1/4 sudu kecil lada sulah
sedikit air
Bahan D(pemekat):
1 sudu tepung jagung
3 sudu air
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan B hingga naik bau.
- Masukkan ayam yang telah diperap selama 10 minit. Masukkan cendawan.
- Tumis sampai wangi dan ayam masak.
- Masukkan sotong, putik jagung, lobak merah dan bunga kobis. Gaul sebati.
- Masukkan bahan-bahan C. Gaul rata.
- Masukkan bahan D. Kacau sebentar dan tutup api. Siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?