Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi-basuh dan toskan
3 ½ cawan air
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4-5 ulas bawang merah-mayang halus
1/4 cawan susu segar/susu cair
1/4 cawan sos tomato
garam secukup rasa
2 helai daun pandan-disiat-siat dan disimpulkan
Pewarna
Bahan yang dilumatkan:
2 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Cara:
- Tumis bawang merah yang dimayang bersama-sama dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bahan yang dilumatkan. Tumis sampai layu.
- Masukkan beras dan daun pandan. Gaul sebati. Masukkan susu segar/susu cair dan sos tomato. Gaul lagi hingga semuanya sebati dan mesra.
- Masukkan air. Perasakan dengan garam. Gaulkan seketika. Tunggu hingga nasi masak.
- Bila nasi sudah masak, gembur-gemburkan nasi. Pilihkan 2,3 jenis pewarna kesukaan anda. Renjiskan 1,2 titik pewarna di satu bahagian nasi. Kemudian, renjiskan pewarna yang lain pula di bahagian lain nasi. Gembur-gemburkan nasi sekali lagi. Siap.
Gulai Daging/Kurma Terengganu
Bahan-bahan yang dilumatkan bersama:
10-15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
3 sudu rempah kurma
Bahan-bahan lain:
600g daging-dihiris melintang ira daging. Hiris nipis dan kecil. Perapkan bersama bahan yang dilumatkan.
5 ulas bawang merah-mayang halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu cili boh/cili kering kisar
¼ kerek manisan/gula melaka/gula merah secukup rasa
½ senduk susu cair
½-1 senduk sos tomato
garam secukup rasa
segenggam bawang goreng
Air secukupnya
2 helai daun pandan-disiat-siat dan disimpul
Cara:
- Tumiskan bawang merah yang dimayang bersama-sama dengan 3 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih). Tumis hingga bawang kekuningan.
- Masukkan daging yang telah diperapkan bersama bahan yang dilumatkan tadi. Kacau rata. Masukkan cili boh. Kacau lagi. Masukkan daun pandan. Tutupkan periuk. Biarkan seketika-biar air daging keluar.
- Bila agak-agak nak kering, masukkan susu cair, sos tomato, manisan dan garam. Gaul sebati. Masukkan air (hingga takat tenggelam daging). masakkan hingga daging empuk. (Kalau dah kering, daging tak empuk lagi, tambahkan air).
- Bila daging dah empuk, ramaskan bawang goreng dan masukkan ke dalam gulai tadi. Kacau sebati. Rasa. Jika semua rasa sudah lengkap (manis, masam, masinnya) tutup api. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan:
1 batang timun- dipotong memanjang (macam bentuk mancis)
½ batang lobak merah-dipotong sama macam timun, halus-halus atau boleh juga disagat
2 ulas bawang merah-mayang halus
1 batang cili merah-potong nipis
garam, gula dan cuka secukup rasa
½ sudu kapur makan dan dibancuhkan dengan air
Cara:
1. Rendamkan lebih kurang ½ jam timun yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan air kapur tadi. Kemudian basuh bersih dan toskan. Tujuan: Untuk merangupkan timun.
2. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga semuanya sebati. Biarkan seketika sebelum dinikmati bersama nasi minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?