Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu yis kering
100ml-120ml air suam
1 sudu gula kastor
1 sudu teh cuka makan
1 sudu marjerin/minyak sayur/lemak sayur
Inti kelapa secukupnya
Sedikit garam(kalo guna marjerin, tak payah letak)
Cara:
- Satukan semua bahan kering dalam satu mangkuk adunan.
- Gaulkan dengan marjerin/minyak sayur/lemak sayur hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Satukan air suam, cuka dan garam. Tuangkan sedikit-sedikit ke dalam adunan bahan kering tadi.
- Gaul sehingga semuanya bersatu. Uli (dan banting roti sekali-sekala) sehingga menghasilkan doh yang licin dan elastik.(Lebih kurang 10 minit).
- Perapkan doh lebih kurang 1 jam di tempat berhawa panas.
- Tumbuk roti untuk menghilangkan angin di dalamnya. Uli lagi lebih kurang 5 minit.
- Bulat-bulatkan doh ikut suka besar mana yang anda mahu. Letakkan inti. Tutup dan rapikan. Buat langkah sama sampai habis.
- Perap doh pau yang sudah siap selama lebih kurang ½ jam.
- Kukus selama 10 minit (atau sampai masak).
Bahan untuk inti kelapa:
Kelapa parut putih
Gula merah/gula melaka/gula kabung/gula manisan
Sedikit air
Sedikit gula pasir
Sedikit garam
Daun pandan
Cara:
- Masakkan gula merah dan gula pasir bersama sedikit air dan daun pandan.
- Apabila gula sudah larut, masukkan kelapa parut. Gaul rata.
- Masukkan sedikit garam untuk membangkitkan lagi rasa lemak.
- Masak hingga gula dan kelapa benar-benar sebati dan kelihatan berkilat.
- Tutup api dan sejukkan sebelum digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?