Bahan-bahan A:
240g tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu gula
1 sudu yis kering(mauripan)
1 sudu susu tepung
1 sudu teh pelembut roti-optional
1 sudu teh pemantap roti-optional
¾ sudu teh garam
1 sudu teh pizza seasoning-optional
Bahan B:
1 biji telur
65ml air
Bahan C:
1 sudu marjerin atau minyak sayuran
Bahan D:
Sosej
Sos cili
Sos tomato
Mayonis
1 biji telur- dipukul sedikit untuk disapu atas roti
Cara :
1. Masukkan 220g tepung(yang 20g lagi masuk kemudian) bersama bahan-bahan A yang lain. Gaul kemudian baru masukkan garam.
2. Satukan bahan B dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam gaulan tepung tadi. Gaul adunan hingga semua bahan tepung tadi bersatu.
3. Masukkan marjerin. Gaul lagi hingga bersatu semua dan uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Cara menguli ialah dengan cara tolak dan lipat. Masa menguli lebih kurang 10 minit.
4. Jika masih melekat, masukkan 20g lebihan tepung tadi sedikit-sedikit. Jika sudah tidak melekat, tidak perlu letak tepung.
5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengserkan dengan marjerin atau minyak supaya doh roti tidak melekat. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
Biarkan roti hingga naik 2 kali ganda asal (lebih kurang 45-60 minit).
6. Apabila naik 2 kali ganda, tumbuk roti untuk keluarkan udara.
7. Uli roti sekali lagi selama lebih kurang 3 minit. Bulat-bulatkan adunan menjadi 8 bahagian yang beratnya lebih kurang 60 gram. Setiap satu dibujurkan. Buat alur pada tengah adunan roti. Letakkan sosej. Ulang langkah ini sampai habis.
8. Biarkan seketika dalam 20-30 minit. Sapukan telur diatasnya. Kemudian barulah dibakar dengan suhu 180C selama 18-20 minit.
9. Apabila masak, sejukkan seketika di atas redai.
10. Picitkan sos cili atau tomato dan mayonis ke atas roti dan bolehlah dinikmati.
Biarkan 10 minit sebelum dibakar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?