Bahan-bahan doh:
3 cawan tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar yis segera(mauripan)
1 sudu besar susu tepung(optional)
½ sudu teh pelembut roti(optional)
½ sudu teh pemantap roti(optional)
1 sudu teh pizza seasoning(optional)
1 biji telur
½-1 cawan air
3 sudu minyak zaitun
Cara-cara:
- Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
- Satukan telur dan air.
- Masukkan campuran telur dan air sedikit-sedikit ke dalam campuran bahan kering sambil diuli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Tambahkan tepung jika doh masih melekat di tangan).
- Tuangkan minyak zaitun dan uli lagi sehingga menjadi doh yang kenyal dan licin. (Uli lebih kurang 10 minit). Alaskan sedikit minyak pada mangkuk. Masukkan doh dan tutup dengan tuala lembap atau cling wrap. Perap selama lebih kurang 1 jam atau hingga doh naik 2 kali ganda.
- Apabila doh telah naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk membuang angin. Uli sekali lagi selama 3 minit.
- Doh sudah sedia digunakan.
Bahan untuk topping A:
2 ulas bawang putih-ketuk atau cincang halus
3 sudu pes tomato
sedikit air
garam gula secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
Cara-cara:
- Tuangkan minyak zaitun ke dalam pan.
- Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan pes tomato bersama sedikit air. Gaul rata.
- Masukkan garam dan gula. Kacau hingga semuanya sebati. Tutup api dan ketepikan.
2 labu bawang besar - potong separuh bulat
1 cawan cendawan butang-hiris nipis
sedikit garam dan perasa
2 sudu besar minyak zaitun
Cara-cara:
- Tuangkan minyak zaitun ke dalam pan. Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan cendawan. Gaul rata. Masukkan garam dan perasa.
- Kacau goreng sehingga cendawan masak sepenuhnya. Siap. Ketepikan.
2 cawan jejari ketam(crab stick)-dipotong dalam 1 inci panjangnya
1 tin gegelang nenas-ambil nenasnya sahaja dan potong kecil
1 blok keju mozzarella-diparut
Cara-cara:
- Bahagi 2 doh pizza tadi. Ambil satu dan canaikan. Letakkan doh di atas dulang pembakar.
- Ratakan topping A tadi di atas permukaan doh.
- Taburkan dengan topping B di atasnya.
- Kemudian susun jejari ketam dan nenas pula.
- Taburkan parutan keju mozzarella tadi ke seluruh permukaan doh.
- Ambil satu lagi doh dan ikuti langkah yang sama di atas.
- Biarkan 10 minit sebelum dibakar. Bakar pada suhu 200C selama 15-20 minit.
Topping A
Topping B
Topping C
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?