Bahan-bahan:
2 cawan isi ayam yang dipotong kecil
Secekak kacang buncis/kacang panjang-dipotong pendek
1 labu bawang besar-dipotong baji(wedges)
1 batang cili merah-dihiris menyerong
1 sudu serbuk kunyit
Garam
Minyak masak
Cara-cara membuatnya:
- Perapkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Biar 5 minit.
- Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali. Goreng ayam sehingga separuh masak.
- Masukkan kacang buncis/ kacang panjang. Gaul dan goreng sehingga masak.
- Masukkan secubit garam. Gaul lagi. Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul rata sehingga bawang layu. Tutup api. Siap.
thanks for the recipe.....i dah try pun...sedap
BalasPadamtq sbb mencuba...:)
BalasPadamtuan rumah
akak, sy letak pic ni kat blog sy.. kredit to akak.. tq :)
BalasPadamok. syuhaila. tq.
BalasPadam