Khamis, 21 April 2011

Daging Goreng Ala Sate


Bahan-bahannya:


  • 400g daging lembu/rusa/kambing(pendek kata apa-apa daging pun buleh)-hiris nipis 
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • halia-sebesar ibu jari
  • lengkuas (saya tak/jarang letak)
  • cili boh (saya ganti dengan lada hitam untuk lebih kick)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • kunyit 
  • garam+gula secukup rasa
  • 2 batang serai-ketuk/blend
  • 2 sudu besar kicap pekat (saya tambah)
Cara:
  • Blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan lada hitam. Serai nak blend sekali pun buleh, tapi saya tak masukkan serai sekali sebab kalau blend sekali time makan terasa serabut serai tu.
  • Kemudian tuang bahan yang dah siap blend tu ke dalam bekas berisi daging. Masukkan bahan-bahan lain. Gaul (sambil ramas-ramaskan daging tu) hingga mesra dengan bahan-bahan rempah tadi. (Rasa, kalau ada yang kurang tambahkan). Perap sekurang-kurangnya  ½ jam.
  • Kemudian panaskan kuali (kalau boleh non-stick pan tapi kalau tak ada guna je kuali biasa dan letak sesudu minyak masak asal daging tu nanti tak melekat), leburkan daging perap tadi. Tudungkan kuali dan masak dengan api perlahan. Sesekali gaul-gaulkan supaya tak hangit. Tunggu sampai agak kering. Kalau kata dah kering daging tak empuk-empuk jugak, masukkan sedikit air dan tunggu sampai empuk.
  • Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?