Bahan-bahan:
250g tepung roti(high protein flour)
1 sudu besar yis segera
50g gula pasir
½ sudu teh garam
2 biji kuning telur
150 ml air
50 g mentega/marjerin
Gula kaster-untuk disadur
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
- Buat lubang di tengah dan masukkan kuning telur dan air. Gaul rata sehingga menjadi doh.
- Masukkan mentega/marjerin. Uli (lebih kurang 10 minit) sehingga menjadi doh yang elastik dan tidak melekat pada tangan dan mangkuk adunan .
- Rehatkan doh untuk 10 minit, Tutup doh dengan plastik pembalut makanan atau tuala lembap.
- Kemudian terap doh dengan acuan donat. Setelah selesai, rehatkan doh sekali lagi selama 25-30minit. Tutup doh dengan plastik pembalut makanan atau tuala lembap.
- Goreng donat dengan api perlahan sehingga keemasan. Toskan seketika sebelum disadur dengan gula kaster.
*sekiranya mendapati doh agak lembik(melekat-lekat di tangan), tambahkan sedikit tepung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?