Sabtu, 30 April 2011

Puding Neapolitan

Bahan-bahan:

15 g agar-agar jalur
650ml air
185g gula pasir
200g susu cair(lebih kurang 3 suku cawan)
1 sudu besar tepung kastad
1 biji telur gred A-pukul sedikit
1½ sudu besar marjerin
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco
Beberapa titis pewarna merah/strawberry emulco


Cara-cara membuatnya:

  1. Rendam agar-agar sekurang-kurangnya ½ jam. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula pasir. Kacau hingga larut. Kecilkan api.
  2. Bancuhkan tepung kastad dengan sedikit susu cair. Masukkan telur. Kacau sebati. Masukkan lebihan susu cair tadi. Kacau seketika, tapis dan tuangkan ke dalam larutan agar-agar tadi. Masak sehingga mendidih. 
  3. Masukkan marjerin. Kacau hingga cair. Masukkan esen vanila. Kacau hingga sebati dan tutup api.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco, satu bahagian diletak pewarna merah/strawberry emulco dan bahagian satu lagi dibiarkan tanpa warna.
  5. Lapiskan berselang-seli: Coklat, merah, tanpa warna dan seterusnya sehingga habis.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk. Potong setelah puding betul-betul mengeras.
**pastikan anda melapis dengan cepat kerana ia mudah mengeras dengan cepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?