Jumaat, 17 Jun 2011

Daging Masak Lada Hitam


Bahan-bahannya:

500g daging-hiris nipis
1 labu bawang besar-dimayang
2 inci halia-diketuk atau dimayang
1 sudu cili giling
3 sudu sos lada hitam
1 sudu sos tomato
2 sudu kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
sedikit air
2 sudu minyak untuk menumis

Bahan sampingan:
1 labu bawang besar- dipotong baji
1 batang cili merah-potong menyerong

Cara-cara membuatnya:

  1. Perapkan daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tu,iskan bawang besar dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling. Kacau seketika. masukkan daging yang diperap bersama-sama dengan kicap pekat dan sos lada hitam tadi. Gaul seketika. Tutupkan kuali seketika. Biarkan air daging keluar.
  4. Masukkan sos tomato, garam, gula dan air. Tutup kuali . Kacau sekali-sekala sehingga daging empuk. 
  5. Setelah daging empuk biarkan kuahnya sedikit kering, kemudian masukkan bawang yang dipotong baji.
  6. Sajikan di dalam pinggan dan taburkan cili merah sebagai hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?