Jumaat, 1 Julai 2011

Bubur Caca





Bahan-bahannya:


50g tepung caca
2 helai daun pandan-carik-carikkan dan simpul
100ml santan kotak ayam brand
3 cawan air
50g longan kering
2 sudu sagu biji-direndam terlebih dahulu
5 sudu gula pasir
3 sudu gula merah
1/3 camca teh garam



Cara membuatnya:



  1. Rebus tepung caca hingga lembut (tepung caca akan naik ke permukaan air bila masak). Angkat dan toskan. 
  2. Di dalam periuk lain, masukkan 3 cawan air. Masukkan longan kering. Masakkan hingga longan lembut.
  3. Masukkan caca yang sudah siap direbus tadi, santan, daun pandan, gula(gula pasir dan gula merah), garam dan sagu biji. *(Kalau tak cukup manis, tambahkan gula). Kacau sentiasa sehingga santan mendidih. Tutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?