Isnin, 4 Julai 2011

Nasi Tumis




Bahan-bahannya:


3 cawan beras-cuci dan toskan
3 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
Sebesar ibu jari halia-diketuk
31/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis bawang dan halia hingga kekuningan. 
  2. Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan air dan garam. Tanak hingga masak. Kariskan nasi apabila nasi masak.
  3. Taburkan bawang goreng ketika menghidang.

*Nasi ini sesuai dimakan dengan kari dan acar timun berempah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?